Perbezaan Antara CV dan Resume
Keliru dengan dokumen apa yang perlu dibawa semasa memohon sesuatu pekerjaan? Adakah kita perlu membawa CV atau Resume? Sebelum itu, ketahuilah terlebih dahulu perbezaan antara CV dan Resume.
Apa itu Curriculum Vitae (CV)?
Mengandungi maklumat yang lengkap dan berstruktur tentang pelbagai pengalaman profesional kelayakan dan lain-lain yang berkaitan.
Biasanya mempunyai 2 ke 3 muka surat
Format susunan kronologi terbalik.
Ciri-ciri
Mengandungi dua muka surat dan boleh mencapai sehingga 3 muka surat.
Menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian termasuk aktiviti sukarelawan dan disusun dengan kronologi yang terkini.
Merangkumi segala aktiviti yang telah dilakukan oleh individu tersebut.
Dihantar bersama-sama cover letter.
Berikut merupakan contoh-contoh CV:-
Apa itu Resume?
Mempunyai maklumat yang sama tetapi ditulis dengan ringkas dan padat dan hanya mempamerkan perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Hanya menggunakan 1 ke 2 muka surat.
Tiada format tertentu.
Ciri-ciri
Mengandungi 1 muka surat dan tidak boleh melebihi daripada 2 muka surat.
Menulis pengalaman atau pencapaian yang berkaitan dengan jawatan yang hendak anda pohon.
Dokumen yang ringkas yang menunjukkan kemahiran dan pencapaian utama individu tersebut.
Cover letter tidak diperlukan.
Berikut merupakan contoh-contoh Resume:-
Untuk memohon kerja di Malaysia, ia bergantung dengan bakal majikan anda sama ada mereka meminta anda untuk menghantar resume ataupun CV anda kepada mereka. Yang penting anda sudah tahu apa perbezaan diantara kedua-dua dokumen ini. Jika sebelum ini anda menghantar resume anda yang mengandungi 2-3 muka surat, ketahuilah itu bukannya Resume tetapi CV.