Menakjubkan sumber makanan rawatan untuk tekanan!.
Percaya atau tidak sebenarnya inilah bukti kepadakekuasaan
yang Maha Esa. Mari bersama-sama kita terokainya.
1. Teh Hijau
Mendengar perkataan “teh hijau” sudah pasti terbayang
akan sushi yang dimakan bersama minuman teh hijau ini.
Haruman baunya pasti menyegarkan bukan?. Teh hijau
sebenarnya mengandungi asid amino thenine yang dipercayai dapat menenangkan otak. Kajian dari Jepun
mendapati bahawa pengamalan minuman teh hijau
sebanyak 3-4 gelas sehari mampu mengurangkan tekanan perasaan bagi pengamalnya.
2. Brokoli
Mendengar perkataan brokoli ini sudah pasti
terbayang satu hidangan sayur campur yang
enak dan mampu memikat jiwa. Tahukah anda,
rasa brokoli ini bukan hanya menakjubkan
namun ia ada keajaibannya. Menurut seorang ahli gizi
dari India yang bernama Maithili Kelkar,
brokoli adalah sayuran yang mengandungi banyak
antioksidan sehingga dapat mengurangkan stres.
3,Soya
Tahukah anda tempe dan tahu adalah salah satu makanan yang berasakan
kacang soya?. Menurut Prevention Magazine’s Nutrition Advisor, kadar protein, Vitamin B, kalsium, dan magnesium yang terkandung di dalam soya mampu menghilangkan stress malahan merupakan menu yang sihat juga.
4. Gandum
Gandum, senang bukan untuk diperoleh?. Siapa kata makanan mahal itu merupakan penawar yang berkuasa?. Jelas terbukti kini hanya bermodalkan kurang daripada rm 5.00, anda mampu untuk memilikinya. Seterusnya,
pilihan roti yang berasaskan gandum atau “whole grain” amat disarankan
oleh Elisa Zied penulis buku Nutrition at Your Fingertips yang mana
kandungan vitamin B pada gandum dapat menstimulasi produksi hormon serotonin yang mampu menenangkan fikiran. Gandum juga termasuk
dalam kategori makanan rendah kalori, yang tentunya tidak akan
menambah lemak dan gula didalam tubuh badan anda.
5. Koko (“Dark Chocolate”)
Coklat umpama jiwa dan raga bagi setiap insan yang mencintainya. Tahukah
anda memakan 1 oz (28.35 g) “dark chocolate” sehari selama 2 minggu
mampu membantu meredakan stress anda. Hal ini demikian kerana,
terdapat kandungan polyphenol yang terkandung didalamnya dan mampu meredakan tekanan itu sendiri. Namun harus disematkan rapi didalam
minda, hanya “Dark Chocolate” sahaja yang mampu menjadi penawar.