top of page

3 Rahsia untuk Kekal Segar Sepanjang 8 Jam Waktu Bekerja


JADUAL KERJA YANG PADAT menyebabkan pekerja tidak mempunyai masa untuk melakukan "touch ups" dan ini menyebabkan pekerja menjadi tidak selesa dan kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja ataupun klien. 8 JAM BEKERJA menjadikan muka kita nampak kusam, lesuh dan tidak bermaya. Pekerja yang bekerja di dalam office akan mengalami masalah dehidrasi, manakala pekerja yang sering terlibat dengan aktiviti luar akan mengalami masalah kulit berminyak.


"Oh, Stress nya !!! Buang masa nak touch up, lepas ni berminyak balik"


Keluhan kecil si pekerja akan menyebabkan TEKANAN kepada emosi dan boleh menyebabkan pekerja menjadi KURANG YAKIN ketika bekerja. Untuk coretan hari ini, Admin akan kongsikan 3 TIPS UNTUK KEKAL SEGAR KETIKA BEKERJA.



1. Exfoliate

Pertama sekali, untuk memastikan solekan anda kekal segar dan berpanjangan, anda mestilah memastikan wajah anda diexfoliate sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Hal ini kerana aktiviti exfoliate yang kerap akan menyebabkan kulit menjadi sensetif dan akan merangsang pertumbuhan jerawat. Exfoliate akan membantu anda untuk membuang sel-sel kulit yang kering dan memastikan wajah anda sentiasa licin. Pastikan produk exfoliate yang anda pilih bersesuaian dengan anda.


"Saya tak yakinlah nak guna produk yang ada di kedai."


Jangan risau, anda boleh D.I.Y skrub anda dengan menggunakan minyak kelapa dan gula sahaja. Senang, murah dan selamat !



2. Pelembab (Moisturize)

Moisturizer ataupun pelembab akan mengekalkan hidrasi dan juga menjadikan solekan kekal lama. Kaedah ini sering diamalkan oleh jurusolek untuk menjanjikan ketahan solekan mereka. Untuk individu yang mempunyai kulit berminyak, pastikan pelembab yang dibeli berasaskan gel atau water-based moisturizer manakala untuk kulit kering bolehlah menggunakan pelembab yang berbentuk krim.




3. Face Mist

Face Mist menjadi salahsatu trend atau produk yang wajib dimiliki oleh setiap individu tidak kira lelaki ataupun perempuan. Face Mist juga bertindak sebagai pelembab muka tetapi lebih senang digunakan iaitu hanya dengan spray ke muka sahaja. Face Mist boleh digunakan pada bila-bila masa samada sebelum atau selepas bersolek. Produk ini juga akan membantu muka anda untuk tidak cepat berminyak. Bila rasa kulit mula kering, keluarkan sahaja botol mist dan spray ke seluruh wajah anda.




Semoga dengan 3 TIPS ini dapat membantu anda untuk kekal bertenaga dan segar ketika bekerja. 3K dalam bekerja iaitu Kecergasan, keselesaan, dan juga keyakinan diri sangat penting kepada diri sendiri untuk menghasilkan AURA POSITIF ataupun positive vibe dalam suasana bekerja kita.


Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita menjaga keterampilan kita, sama seperti keterampilan KETIKA INGIN MENGIKUTI TEMUDUGA. Ingin tahu lebih lanjut tentang pemakaian yang sesuai? Jangan lupa untuk SAVE, BOOKMARK atau FOLLOW laman sosial dan webpage kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang coretan baharu kami.


bottom of page