top of page

Kuasa bahasa badan (komunikasi bukan lisan) dalam komunikasi



1. Mempunyai “eyes contact” yang baik

Komunikasi yang berkesan dan efektif sering berlaku apabila ada elemen“eyes contact” ini. Ini kerana, perhubungan mata ini membuat individu yang sedang berkomunikasi itu berasa difahami, dipunyai, dan dihargai. Dalam konteks ini, peranan mata merupaka salah satu peranan utama yang membuatkan seseorang individu tersebut tetarik untukberkomunikasi dan mendengar sesuatu komunikasi itu.


2. Exspresi wajah


Menyebut mengenai wajah atau lebih dikenali sebagai mimi muka pasti ada yang berasa marah, hampa,dan sedih sekiranya individu yang mendengar perbualan itu memaparkan mimik muka yang masam dan membawa maksud seolah-olah individu tersebut tidak berminat untuk mendengar perbualan tersebut. Oleh itu, peranan exspresi wajah ini perlulah disesuaikan supaya komunikasi menjadi lancar dan efektif.



3. Struktur tangan dan kaki semasa berkomunikasi

Hindarkan daripada menyilang tangan atau kaki anda semasa berkomunikasi atau sedang mendengar perbualan daripada individu lain kerana

kelakukan ini menunjukkan anda seolah-olah bersikap tertutup dan tidak berminat untuk mendengar perbualan daripada individu

tersebut.


4. Keadah berjabat tangan yang betul



Menyingkap kembali situasi berjabat tangan pastinya ada situasi yangmembuatkan kita berasa kecil hati, marah, dan kecewa. Sekiranya

ketidakstabilan emosi ini hadir sebelum komunikasi diadakan pastinya

niat untuk melakukan komunikasi itu akan tertangguh atau terbatal

serta-merta


Di sini terdapat 9 peraturan berjabat tangan yang harus anda ketahui.


a)Pastikan tangan anda berada dalam keadaan yang bebas dan tidak memegang objek lain sebelum berjabat tangan.


b)Perhatikan keadaan tangan anda sama ada berada dalam keadaan bersih atau sebaliknya.


c)Sekiranya anda sedang duduk, berdirilah apabila hendak berjabat

tangan dengan individu yang lain untuk menunjukan rasa hormat.


d)Pastikan kesesuaian kedudukkan tangan sebelum berjabat tangan.

- kedudukan telapak tangan menghadap ke atas menunjukan anda

(submissive) iaitu menurut dan mengalah

-Kedudukan telapak tangan menghadap ke bawah menunjukan anda

adalah dominan.


e)Pastikan keadaan ibu jari anda sentiasa dalam keadaan terbuka

apabila berjabat tangan.


f)Pastikan kedudukan tangan mempunyai web to web contact.


kedudukan tangan (web to web contact)


g)Pilihlah kesesuaian kekuatan gengaman tangan apabila berjabat tangan.


h)Hanyunkan tangan anda sebanyak 1-2 kali sahaja.


i)Akhir sekali, pandang ke arah wajah individu itu dan sertakan

dengan senyman.


5. Penggunaan teknik “matching and mirroring”


-Teknik ini mengumpamakan diri anda sebagai sebuah cermin yang

memaparkan kembali kelakuan individu yang sedang berkomunikasi dengan anda.

-Selain itu dalam teknik ini juga, elemen-elemen seperti cara

penafasan, intonasi suara, gaya percakapan, reaksi muka, dan

kedudukan tubuh badan perlulah disesuaikan dan dipaparkan

umpama individu yang sedang berkomunikasi itu melihat cermin

dihadapannya,

-Tujuan teknik dilakukan untuk mewujudkan satu keadaan yang lebih

dekat, meningkatkan pembinaan hubungan, dan meningkatkan

keselesaan individu tersebut dengan anda apabila berkomunikasi.





bottom of page