top of page

6 Tips, Fasa Permulaan Bagi Dunia Pekerjaan.

1. Wujudkan penampilan yang profesional

Mesti pernah mendengar mengenai tanggapan pertama bukan?, impaknya amat besar kepada individu yang melihatnya. Sebagai individu yang baru memasuki alam pekerjaan baru, gaya penampilan haruslah diutamakan supaya majikan dan rakan-rakan sekerja melihat anda mempunyai profesionalisme yang tinggi dan berkeyakinan

untuk melaksanakan tugas.

2. Serlahkan keyakinan diri

Jangan bersikap narsisistik, tetapi tunjukkan rakan sekerja anda bahawa anda layak berada di sana. Jangan teragak-agak untuk berkongsi pemikiran anda dan percaya kepada kemampuan anda untuk berjaya dalam posisi yang baru. Salah satu cara untuk menyerlahkan keyakinan diri adalah daripada gaya pemakaian, percakapan, dan juga pergaulan anda dengan orang sekeliling.

3. Inovatif kunci keunikan

Realiti dunia perlukan sesuatu yang baru, menarik, dan memenuhi kehendak serta keperluan setiap individu. Dalam perkerjaan, pastikan dari semasa ke semasa anda menyumbang idea-idea yang inovatif dalam sesi perbincangan nanti. percaya atau tidak dalam jangka waktu terdekat anda pasti akan digelar sebagai "minda emas" kerana anda mempunyai gaya pemikiran yang inovatif dan membawa seribu kebaikan kepada organisasi tersebut. Cuma, adakah anda bersedia membentuk "kunci keunikan" itu?. Jawapan ada pada diri anda.

4. Mengasingkan kehidupan peribadi di tempat kerja

Mungkin, kadang-kala anda terbawa-bawa emosi negatif dari rumah ke tempat kerja dan perkara ini kadang-kala tidak diniatkan pada awal pagi sebelum bersiap untuk bekerja. Namun, dalam realiti pekerjaan hukum mengasingkan kehidupan peribadi dan profesional anda ialah Wajib. Selain itu sikap ini juga menunjukkan anda seorang yang profesional dalam melakukan tugasan dan seorang yang bijak mengawal emosi diri anda sendiri.

5. Berkomunikasi

Sentiasa berkomunikasi dengan majikan dan rakan sekerja. bercakap, tanya soalan,

buat cadangan, dan berikan secara berkala dengan bos anda. "Mendengar adalah samapentingnya dengan bercakap". kata Haefner. "Mulailah perbualan dengan bos anda untuk bertanya bagaimana anda melakukannya."

6. Wujudkan sikap suka mencabar diri

Mungkin anda telah membuat penyelidikan sedikit sebelum menghadiri temu janji, namun adakah penyelidikan itu mencukupi?. Sebagai individu yang baru memasuki alampekerjaan anda perlu mencabar diri anda untuk melakukan tugasan yang luar dari kemampuan anda. Akan tetapi mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk bermula?.

Jawapannya, anda perlu megkaji organisasi anda dengan melihat semula projek-projek lama dan keadah kerja secara berpasukan di tempat kerja anda serta mengenali budaya kerja di organisasi tersebut.

Sebaik sahaja anda mempunyai peluang untuk mengenali tempat kerja baru anda perlu menilai persekitaran kerja, memerhati gaya kerja rakan sekerja anda, meninjau protokol organisasi, dan aliran kerja di organisasi tersebut.

bottom of page