Temuduga Melalui Telefon?
- Aqeelah
- Nov 8, 2017
- 2 min read

Majikan akan menjalankan sesi temu duga melalui dua cara iaitu melalui bersemuka secara langsung atau melalui telefon sahaja.
Sebagai calon apa yang harus dilakukan?
5 Tips menghadapi temu duga melalui telefon.

1. Latihan
Persiapan diri perlu dilakukan awal sebelum tarikh temuduga. Selalunya akan dimaklumkan awal bahawa temuduga akan dijalankan melalui telefon pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh majikan. Anda perlulah berlatih supaya semasa hari kejadian anda mempunyai keyakinan tinggi dan lancar semasa menjawab soalan. Anda boleh menggunakan cermin atau rakan anda.
2. Cari Tempat Senyap
Pada hari temuduga, calon perlu mencari kawasan atau tempat yang senyap supaya tiada gangguan semasa menjalani sesi temu duga. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa calon benar – benar berminat dengan jawatan tesebut.
3. Bersedia

Pada hari kejadian, calon perlulah bersedia untuk menjawab soalan – soalan yang diberikan oleh penemuduga. Oleh itu, calon perlu meletakkan resume, nota kecil mengenai kejayaan anda serta maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan berkaitan dengan diri anda. Jika calon lambat menjawab atau teragak – agak menjawab setiap persoalan yang diberi ini akan membuatkan penemuduga berfikir anda tidak bersedia dan tidak serius untuk mendapatkan jawatan tersebut.
4. Sediakan Pengecas Telefon

Ini sangat penting! Kenapa?
Cuba anda bayangkan dipertengahan sesi temu duga dan tiba – tiba telefon anda kehabisan bateri… Apa yang berlaku?
Salah satunya adalah memberikan gambaran – gambaran yang buruk terhadap si penemuduga, ia akan menganggap anda tidak bersedia dan bermain – main dengan sesi temu duga ini.
Langkah yang perlu ambil:
a)Mengecas penuh bateri telefon
b)Menyediakan pengecas telefon di sisi anda.
5. Ucapan “Terima Kasih”
Pada penghujung perbualan, ucapan keramat ini jangan DILUPAKAN! Jangan biarkan perbualan tersebut tergantung tanpa apa – apa maklumat untuk masa hadapan. Anda perlu memberikan maklumat yang berguna untuk lakukan hubungan masa hadapan. Jangan lupa juga untuk follow-up jika tiada sebarang respon daripada majikan.
Harap tips ini berguna untuk anda semua. Semoga maju jaya dan mendapat pekerjaan yang anda inginkan. Ingin ketahui lebih lanjut tips kerjaya jangan lupa follow facebook kami di link https://www.facebook.com/askmehow17/ dan boleh juga chat bersama kami.
Comments