10 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Menghadiri Temuduga
- Lovenia
- Oct 17, 2017
- 2 min read

Risau? Kurang yakin? Ya, inilah situasi yang dihadapi setiap kali anda menghadiri temuduga walaupun sudah biasa pergi banyak kali. Namun begitu, terdapat masih ada calon-calon temuduga tidak tahu cara-cara yang betul menghadiri dan mengendalikan diri dengan betul semasa temuduga. Dengan ini, kami ingin kongsikan 10 perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga.
No# 1
JANGAN menggunakan bahasa pasar atau singkatan ayat seperti anda lakukan semasa berSMS dengan rakan-rakan, keluarga dan lain-lain dalam menghantar email dan membuat resume. Gunakanlah tatabahasa dan ejaan penuh dengan betul.
No# 2
JANGAN membawa rombongan keluarga atau rakan-rakan anda seperti hendak pergi ke parti semasa ke tempat temuduga. Anda sudah dewasa, so pandai-pandailah berdikari sendiri. Jika keluarga yang menghantar anda, suruhlah mereka tunggu di luar pejabat.
No# 3
JANGAN menguyah gula-gula getah atau makan gula-gula semasa sesi temuduga dijalankan. Seeloknya, makanlah gula-gula tersebut sebelum anda ditemuduga apabila terasa mulut anda berbau.
No# 4
JANGAN memakai baju yang ketat dan seksi, jeans serta seluar pendek seperti orang yang hendak pergi ke clubbing. Pakailah baju formal yang sopan dan kemas. Berikut merupakan contoh etika pemakaian yang betul semasa menghadiri temuduga:-


No# 5
JANGAN mewarnakan rambut anda semasa ingin menghadiri temuduga. Seeloknya kekalkan warna rambut asal anda yang semula jadi. Pastikan anda sikat rambut anda dengan kemas dan rapi tanpa membuat sebarang stail-stail rambut. Bagi wanita yang free hair, pastikan rambut anda diikat atau disanggul dengan rapi serta rambut di bahagian hadapan perlu disikat ke tepi atau menggunakan clip rambut agar rambut anda tidak menutupi mata anda.


No# 6
JANGAN membuat lawak kasar atau lawak bodoh semasa anda ditemuduga. Ini bukan rancangan raja lawak okay. Cukuplah sekadar menjawab soalan yang diajukan kepada anda oleh panel tersebut.
No# 7
JANGAN menipu. Segala maklumat dalam resume anda biarlah betul dan tidak ditokoktambah. Kebiasaannya, orang yang bekerja dalam bidang sumber manusia (Human Resource) ini tahu membaca dan memerhati gerak-geri serta bahasa tubuh calon tersebut. So be careful ya! Nak dapatkan pekerjaan yang halal itu biarlah dengan hati yang jujur.
No# 8
JANGAN hidupkan telefon anda semasa temuduga. Seeloknya telefon anda perlu dimatikan atau ditukar ke silent mode. Hal ini untuk mengelakkan telefon anda berbunyi semasa temuduga. Sekiranya anda lupa untuk mematikannya dan berbunyi semasa temuduga, jangan menjawab panggilan tersebut. Segera matikannya dan minta maaf kepada panel tersebut.
No# 9
JANGAN duduk sambil menggoyang-goyangkan kaki. Duduklah dengan postur badan yang tegak, kaki rapat dan tangan di atas paha seperti contoh di bawah:-

No# 10
JANGAN memanggil panel temuduga dengan panggilan ‘bro’, ‘kak’ atau ‘dik’. Sebaliknya gunalah panggilan formal seperti ‘tuan’, ‘puan’, ‘cik’ dan ‘encik’.
So, inilah 10 perkara yang perlu dielakkan semasa menghadiri temuduga. Diharap ia dapat membantu serba sedikit bagi saudara dan saudari di luar sana apabila menghadiri sesi temuduga nanti. Sebelum mulanya sesi temuduga, seeloknya berdoalah kepada Tuhan mengikut kepercayaan masing-masing agar segala urusan dipermudahkan. Akhir kata, just believe in yourself and be confident. Selamat mencuba. Good Luck!!
Comments