Budaya negatif menyebabkan pekerja tertekan
Kuala Lumpur 18 Sept- Budaya tempat kerja yang negatif boleh menyebabkan pekerja mengalami tekanan berlebihan dan keadaan diri tidak terurus malah memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan fizikal.Tekanan di tempat kerja sudah menjadi lumrah sebagai pekerja. Namun sampai bilakah tekanan tersebut membebani diri Anda. Tahukah Anda, bahawa tekanan yang berlebihan boleh menganggu produktiviti anda serta memberi impak kepada kesihatan fizikal dan emosi. Lama kelamaan keupayaan anda untuk menguruskannya akan memberi perbezaan antara kejayaan atau kegagalan.
Kesan dari rasa tertekan boleh menjejaskan prestasi menurun, keletihan dan emosi terganggu. Hal ini berpunca dari awalnya tercetus angkara pengurusan masa yang tidak relevan dan menyebabkan kerja yang berlambak. Selain itu juga, persekitaran tempat kerja juga mempengaruhi seseorang pekerja dan konflik interpersonal. Tinjauan Kesihatan Kebangsaan Morbiditi Malaysia (NHMS) 2015 mendapati 29.2 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami penyakit mental di sebabkan tekanan di tempat kerja.
Solusi dari masalah ini adalah analisis keperluan anda, membuat pilihan , dan seimbangkan antara kerja dan kehidupan harian anda. Oleh itu, semua organisasi perlu mengambil kira tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan dan risiko psikososial. Jika ingin khidmat kaunseling dan konsultan dari kami, boleh lah hubungi kami. Keputusan di tangan anda, dan anda mampu mengubah segalanya.