top of page

Asas Hubungan Menolong

HUBUNGAN MENOLONG?

Satu sesi kaunseling/ membantu yang dijalankan banyak bergantung kepada pendekatan dan kemahiran seseorang kaunselor/ helper. Pengalaman dan latihan juga banyak mempengaruhi kemahiran yang ada pada seseorang kaunselor/ helper. Ianya seumpama kita belajar memandu kereta dimana ada aspek teori dan praktikal yang perlu diketahui. Semakin banyak latihan memandu yang kita jalankan, semakin mahir kita dalam pemanduan sesebuah kereta. Jadi, sekiranya kita ingin menjadi seorang kaunselor/ helper yang baik, kita perlulah mengetahui aspek teori dan banyak menjalankan praktikal. Berikut adalah satu contoh video sesi kaunseling yang dijalankan di salah sebuah counseling center yang boleh dijadikan sebagai satu panduan ( Salmah Mohammad Yussof).


Menurut Hill & O’Brien, 2001, Hubungan menolong ini adalah membantu klien dalam mengenal pasti perasaan, memperolehi bimbingan, dan membuat perubahan positif dalam kehidupan klien. Kerjasama antara helper dan klien dalam hubungan menolong untuk mencapai matlamat.Melalui bimbingan ke arah proses perubahan.


Wajarkah setiap dari kita menerapkan budaya empati dalam tetapan organisasi? Dan bagaimanakah caranya membudayakan amalan hubungan menolong? Siapakah yang kita perlu rujuk jika ada masalah yang membelenggu diri?






bottom of page