top of page

AMARAH

1.Berikan Masa Untuk Diri Sendiri


Mengira dari nombor 1 hingga 10. Jangan ingat hanya untuk kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, mengira 1-10 adalah untuk mencari ketenangan sebelum memberi rekasi pada sitiuasi yang menaikkan kemarahan anda. Tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat dalam kiraan 10. Jika perlu, ambil masa untuk berehat dari bertemu dengan orang dan situasi sehingga kekecewaan anda reda.

2.Lakukan Senaman

Senaman boleh menghilangkan tekanan emosi. Melalui aktiviti fizikal ini secara tak langsung memberi jalan keluar untuk emosi kita, tertuama bila kira-kira dah nak meletup. Jika anda rasa kemarahan anda semakin menaik, elok untuk anda berjalan pantas atau berlari, atau meluangkan masa melakukan aktiviti fizikal kegemaran anda yang lain. Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia dalam otak yang boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang daripada anda sebelum anda bekerja keluar.

3.Berfikir Sebelum Bercakap


Sebelum memulakan bicara, lebih baik berfikir dahulu. Dalam kemarahan seseorang boleh mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Jadi lebih baik berfikir sejenak kerana mungkin anda akan menyesal selepas mengeluarkan kata kata dalam keadaan marah. Ajak sekali mereka yang bersama anda dalam kemarahan untuk melakukan perkara yang sama.

4.Kenal Pasti Jalan Penyelesaian

Daripada melayan segala benda yang boleh membuatkan anda bertambah marah, lebih baik anda ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan apa-apa, dan hanya mungkin menjadi bertambah buruk. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian supaya marah anda surut.

5.Imbas Saat-Saat Manis

Apabila sedang marah, bagaimana mahu mengingati perkara-perkara yang manis? Bertenang. Sebab itu ia perlukan latihan. Sesiapa yang dapat mengawal diri dengan mengimbas kembali perkara-perkara menarik dalam hidup, pasti akan melupakan hasrat untuk marah-marah. Buang tenaga sahaja bukan?

6.Jumpa Doktor, Pakar Kaunseling & Pakar Psikologi


Kebiasaannya, untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengawal kemarahan boleh berjumpa dengan pakar kaunseling. Disitu anda boleh belajar beberapa perkara mengenai kemarahan dan akan di ajar cara untuk mengawal kemarahan. Dengan pertolongan pakar kaunseling seperti :

  • Belajar mengenali marah

  • Mengenal pasti punca anda marah

  • Mengenal pasti tanda -tanda anda menjadi marah

  • Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat

  • Belajar lebih luas mengenai perasaan asas, seperti kesedihan atau kemurungan

  • Perjumpaan dengan pakar kaunseling boleh dilakukan secara individu ataupun berkumpulan bersama pasangan atau keluarga yang lain.


bottom of page